mamakuJudul              :           Mamaku Menteri

Penulis           :           Salina Ibrahim

Harga             :           RM16.00

Tahun             :           2015

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

JARANG-JARANG pembaca remaja dihidangkan dengan kisah yang begini – si ibu seorang menteri! Hidup Nur berubah selepas ibunya dilantik sebagai menteri kabinet kerajaan pemerintah. Banyak perkara yang terpaksa dipertimbangkan apabila memikirkan status ibunya. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin mengambil kesempatan dengan kedudukan ibu. Dia juga berusaha menjaga nama baik ibu agar tidak dicemuh masyarakat.

Ada kala timbul konflik dalam keluarga apabila salah seorang berkedudukan tinggi di mata masyarakat. Antaranya Nur tidak bersetuju si ibu menggadaikan prinsip kerana bersalam dengan tetamu lelaki yang biasa dilakukan oleh insan bersama isteri. Si ayah berkahwin lain juga malapetaka yang terpaksa dihadapi.

Nur tidak terlepas daripada permainan perasaan remaja yang meningkat dewasa. Haris yang bertakhta di hati semakin menjauhkan diri. Mengapakah Haris berbuat demikian?

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1074760
    Visit Today : 897
    This Month : 23013
    Total Visit : 1074760
    Hits Today : 3085
    Total Hits : 4419373
    Who's Online : 5
  • Kategori